Kerajaan akan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan kepada guru pelatih mulai Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon.
Elaun sara hidup guru pelatih dihentikan
Memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, beliau bagaimanapun berkata, pembiayaan bagi mereka yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan diteruskan.
“Keseluruhan kos bagi empat tahun pengajian PISMP ialah RM27,831. Ini masih akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya.
Menurut akhbar itu, guru pelatih disaran memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung keperluan hidup mereka.
Katanya, mereka yang sedang mengikuti PISMP akan terus menerima RM430 sebulan untuk elaun sara hidup dan elaun perjalanan tidak lebih RM500 setahun sehingga mereka tamat pengajian.
Chong berkata, elaun dan yuran kursus di Institut Pendidikan Guru setahun bagi program pra-PISMP sebanyak RM8,163 juga akan dibayar oleh kerajaan.
Sumber: Ismaweb
Sumber
Timbalan Menteri umum Elaun sara hidup guru pelatih dihentikan mulai Jun tahun depan, saran mohon ptptn pula
Related Posts :
“Jangan Datang Malaysia PLEASE!” – Singapura SAH Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus, Rakyat Wuhan Datang Bercuti!
Semalam, Singapura mengesahkan bahawa mereka telah mencatat kes pertama coronavirus dari Wuhan!
Menurut CNA, Kementerian Kesihatan negara… Read More...
Dua Kali Dia Kentut Kat Muka Aku, Akibat Gurauan Melampau, Buruh Tikam Pasangan Suami Isteri
Seorang buruh binaan ditahan polis di Padang, Sumatera Barat, Indonesia kerana didakwa menikam pasangan suam isteri yang juga merupakan ji… Read More...
Tak Berhati Perut, Ibu Bapa Tinggalkan 2 Anak Mereka Yang Disyaki Positif Koronavirus Di Airport
Dalam perkembangan terkini mengenai wabak koronavirus di China yang dikatakan berpunca dari makanan eksotik, 26 kes kematian telah direkod… Read More...
Mereka Yang Berusia 36 Ke 40 Tahun, Masa Inilah Yang Paling Banyak Diuji
Tenang di penghujung usia 30 an. Perkongsian dari Facebook. Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke us… Read More...
Budak 2 Tahun “Ghaib” Selepas Bermain Dalam Terowong Gelongsor Pada Waktu Senja, Nasib Ada Yang Jumpa
Kalau ingat balik zaman-zaman dulu, sebelum maghrib mesti mak-mak atau nenek bising minta masuk rumah dan mandi awal. Katanya tak bagus ma… Read More...
0 Response to "Timbalan Menteri umum Elaun sara hidup guru pelatih dihentikan mulai Jun tahun depan, saran mohon ptptn pula"
Post a Comment