Punca kematian kerana kencing tikus bukan didera: Polis akan siasat semula kes adik Thaqif

Polis akan menyiasat dan mengklasifikasikan semula kes Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi selepas keputusan bedah siasat mendedahkan kematian murid itu disebabkan leptospirosis (penyakit kencing tikus).

Punca kematian kerana kencing tikus bukan didera: Polis akan siasat semula kes adik Thaqif

Punca kematian kerana kencing tikus bukan didera: Polis akan siasat semula kes adik Thaqif

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kes tersebut tidak lagi diklasifikasikan sebagai bunuh.

“Kita mungkin menyiasatnya kerana menyebabkan kecederaan,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada Selasa.

Beliau menambah, polis mungkin juga mengesyorkan inkues bagi menentukan keadaan kematian Mohamad Thaqif.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Thaqif meninggal dunia kerana leptospirosis dan beberapa kerumitan lain. 

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lalu sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera dipercayai didera pembantu warden terbabit.

Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama.

Sumber: Mstar



Sumber Punca kematian kerana kencing tikus bukan didera: Polis akan siasat semula kes adik Thaqif

Related Posts :

0 Response to "Punca kematian kerana kencing tikus bukan didera: Polis akan siasat semula kes adik Thaqif"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect