KUANTAN: Seorang murid Tahun Enam yang dipercayai memanjat bumbung untuk mencari burung cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat empat bangunan sebuah sekolah rendah di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata dalam kejadian jam 3.30 petang itu, murid lelaki berusia 12 tahun berkenaan dikatakan bersama empat lagi rakannya memanjat bumbung sekolah itu untuk mencari dan menangkap burung.
Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh
Murid Tahun Enam cedera parah selepas tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah di Kuantan ketika bersama empat lagi rakannya cuba memanjat bumbung sekolah untuk mencari burung. – Foto ihsan Pembaca
“Bagaimanapun ketika mencari burung mangsa dipercayai tergelincir sebelum jatuh ke bahagian siling bangunan tingkat empat sebelum terjatuh ke tanah,” katanya ketika dihubungi.
Abdul Aziz berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Kemaman kerana mengalami pendarahan pada bahagian dalam kepala akibat terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter.
Katanya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan rakan mangsa dan kakitangan sekolah itu.
Sumber: Bharian
Sumber
Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh
Related Posts :
Fad (Bocey) Kekok Jaga Anak KembarPETALING JAYA: Pelawak Fad (Bocey) menyifatkan menjaga anak kembar lelakinya iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang baru… Read More...
'3 Gadis Nampak Educated Tetapi Selepas Makan, Pinggan Tak Reti Angkat'Hari tu kita kecoh pasal Ikea Cheras. Aku gi Ikea Cheras, benda sama aje berlaku. Ingatkan kat Damansara aje.
Dah jelas dan terang, Ikea ad… Read More...
Pelan Besar Menanti The Red Warrior - Dr Vida
PETALING JAYA: Walaupun masih menunggu pinangan rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datu… Read More...
Aku Tak Nak Keling Datang Dekat Aku Ke, Tolong Aku Ke'Semasa saya sedang memandu pulang rumah selepas kerja semalam, ada seorang lelaki tua berbangsa Melayu ini cuba membuat pusingan U di persim… Read More...
'Wa Bagi Lu 50 Tandan Tapi Lu Jangan Curi Lagi'
Aku tak kenal lelaki Cina ini. Tetapi dalam sedang aku menunggu, aku basuh kereta, dia tengok aku, aku tengok dia. So, tak bertegur sampai… Read More...
0 Response to "Murid cari burung di bumbung sekolah parah lepas terjatuh"
Post a Comment