KPN pertikai laporan Johor Bahru syurga pelanggan Singapura langgan pelacur

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mempersoalkan laporan Johor Bahru kini menjadi tumpuan rakyat Singapura mendapatkan khidmat pelacur, dengan berkata kegiatan itu tidak mudah berkembang di Malaysia.

khalid-abu-bakar-pelacuran

“Kalau di Singapura aktiviti pelacuran dibenarkan, kenapa rakyat mereka nak datang Johor? Di Singapura, lagi mudah nak cari pelacur, kenapa nak cari di tempat kita yang tidak membenarkan aktiviti tersebut.

“Saya juga tidak bersetuju dengan laporan itu,” katanya ketika hadir di majlis Hari Raya anjuran Bukit Aman di Jalan Tun Razak hari ini.

Akhbar The Star baru-baru ini memetik China Press yang melaporkan rakyat Singapura berduyun-duyun memasuki Johor Bahru untuk mendapatkan perkhidmatan pelacur pada setiap hujung minggu.

Laporan itu menyebut khidmat pelacur ditawarkan kebanyakannya oleh wanita Vietnam dan China dengan harga di antara RM80-RM150.

Khalid tidak menolak aktiviti pelacuran wujud di Malaysia, tetapi berkata polis sentiasa membuat pengawasan supaya ia tidak berleluasa.

“Memang ada aktiviti pelacuran sebab mana-mana tempat di dalam dunia ini wujud aktiviti itu, jadi kita kena kawal supaya tidak berleluasa,” katanya.

 

Sumber: FMT



Sumber KPN pertikai laporan Johor Bahru syurga pelanggan Singapura langgan pelacur

Related Posts :

0 Response to "KPN pertikai laporan Johor Bahru syurga pelanggan Singapura langgan pelacur"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect