“Kalau dah tahu mental, masukkan je la ke Tanjung Rambutan” – Suspek cubaan rogol di stesen minyak adalah pemegang kad OKU, doktor jelaskan sakit mental bukan lesen untuk lakukan jenayah
“Kalau dah tahu mental, masukkan je la ke Tanjung Rambutan,” demikian kata netizen mengulas kes seorang lelaki didakwa mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas stesen minyak di Machang, Kelantan.
Tidak kurang juga netizen yang berpendapat bahawa pesakit mental hanya mengalami masalah mental sahaja, namun nafsunya tidak.
Sebelum ini ahli keluarga suspek telah tampil dan menjelaskan tentang keadaan suspek yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Mental. Dalam penjelasan itu juga menyatakan, bukan semudah ABC untuk menempatkan suspek di wad mental kerana memerlukan sebab yang tertentu. Malangnya, netizen seperti tidak dapat menerima penjelasan itu, lalu terus menerus menyalahkan keluarga suspek.
Berikutan itu, seorang doktor tampil memberikan penjelasan berhubung prosedur masuk ke wad mental. Semoga penjelasan dari Doktor Muhammad Rahmat ini memuaskan hati netizen.
KES INI UNIK dan jarang orang awam tahu apa prosedurnya. Jadi saya tolong jelaskan. Pesakit mental boleh dimasukkan ke dalam wad mental dalam tiga keadaan; dan semua ini mempunyai akta sendiri.
1. KERELAAN DIRI
Biasanya pesakit stabil dan waras tetapi memohon untuk dimasukkan ke wad atas beberapa sebab.
2. ATAS KEHENDAK KELUARGA
Boleh memohon dengan doktor yang memasukkan pesakit mental ke dalam wad jika keadaannya tidak terkawal di rumah. Dengan kata lain, tak stabil.
3. ARAHAN POLIS
Pihak keluarga atau orang awam membuat laporan polis terhadap pesakit mental kerana menimbulkan kekacauan.
SOALAN: Adakah pesakit mental tidak boleh didakwa jika melakukan jenayah?
Jawapannya ialah, boleh. Kad sakit mental bukan ‘lesen’ untuk melakukan jenayah. Tetapi pihak polis dan mahkamah hendaklah memastikan pesakit tersebut dalam keadaan waras ketika melakukan jenayah.
Jadi, bagaimana?
Hakim akan mengeluarkan arahan supaya pesakit akan dihantar ke Unit Forensik Psikiatri. Untuk kes ini, mungkin ke Tanjung Rambutan, Perak.
Doktor pakar akan membuat pemerhatian di sana dan dikawal dengan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam sehingga pihak doktor berpuas hati. Kemudian doktor akan mengeluarkan laporan keadaan mental pesakit dan diserahkan kepada pihak hakim sama ada pesakit layak dibicarakan atau tidak.
Jika layak, dia akan didakwa. Jika sebaliknya, dia akan ditahan di wad mental sehinggalah layak dibicarakan.
Sekian pendapat saya. Harap anda semua faham.
Doktor di Bahagian Psikiatri
Sumber
“Kalau dah tahu mental, masukkan je la ke Tanjung Rambutan” – Suspek cubaan rogol di stesen minyak adalah pemegang kad OKU, doktor jelaskan sakit mental bukan lesen untuk lakukan jenayah
Related Posts :
Kerana kakak ipar obses kebersihan, ada penyakit OCD punya pasal, lelaki ni terpaksa keluar dari rumah pusaka ibu bapanya sendiriKadang-kadang memang stress bila kita hidup dengan orang yang ada OCD ni. OCD adalah sejenis gangguan otak dan tingkah laku. Banyak sebenarn… Read More...
Biadap dan tak profesional – Pengulas sukan otai dimaki netizen kerana ulasan “Inilah matanya, saya malas nak sebut”
Biadap dan tak profesional – Pengulas sukan otai dimaki netizen kerana ulasan “Inilah matanya, saya malas nak sebut”
Sukan Olimpik 2016 ya… Read More...
Dipercayai mati pada hari pertama diculik, suspek disahkan warganegara Malaysia dan serangan seksual antara fokus siasatan kes bunuh adik Noor Amila EdrusPolis menyiasat daripada pelbagai aspek termasuk culik untuk mendapatkan wang tebusan, dendam dan juga serangan seksual dalam kes pembunuhan… Read More...
V Shem – Tan Wee Kiong rangkul perak dalam final badminton beregu lelaki Olimpik Rio, tahniah!Gandingan beregu badminton lelaki negara, V Shem – Tan Wee Kiong, membawa pulang perak ketiga Malaysia apabila tewas kepada beregu dari Chin… Read More...
Polis Marin hilang 2 hari ditemui kebingungan lepas tumpangkan wanita dengan seorang kanak-kanak, dimana duit yang diberi mereka menjadi daunAnggota polis marin yang dilaporkan hilang dua hari lalu, ditemui kebingungan di kawasan Sungai Rambai Melaka, semalam, selepas menumpangkan… Read More...
0 Response to "“Kalau dah tahu mental, masukkan je la ke Tanjung Rambutan” – Suspek cubaan rogol di stesen minyak adalah pemegang kad OKU, doktor jelaskan sakit mental bukan lesen untuk lakukan jenayah"
Post a Comment