Donald Trump lepas geram belasah CNN

Presiden AS Donald Trump meningkatkan ketegangan hubungannya dengan media apabila muncul ‘membelasah’ stesen berita CNN semalam.

Donald Trump lepas geram belasah CNN

Donald Trump lepas geram belasah CNN

 

Melalui Twitter Trump memaparkan dirinya menyerang dan menumbang seorang lelaki pada klip video diubah suai dengan logo CNN dilekatkan pada kepala individu terbabit.

Selepas melepaskan geramnya klip video itu memaparkan logo “Fraud News Network.”

Ia adalah rakaman pada 2007 ketika Trump membuat kemunculan istimewa di pertunjukan promosi WrestleMania 23.

Insiden sebenar ialah Trump menyerang Pengerusi World Wrestling Entertainment (WWE) Vince McMahon.

Ketika itu Trump belum lagi menjadi presiden AS.

Sejak berkempen untuk ke Rumah Putih, hubungan Trump dengan kebanyakan media adalah buruk.

Dia pernah menggelarkan media sebagai “musuh rakyat AS” dan sering merujuk pertubuhan agensi berita arus perdana sebagai “gagal” atau “berita palsu”.

CNN adalah antara seteru utama Trump, 71.

Selepas menjadi presiden Trump melantik isteri McMahon, Linda, sebagai ketua Pentadbiran Perniagaan Kecil – sebuah agensi kerajaan di peringkat kabinet.

Sebelum ini Linda banyak memainkan peranan bersama pengurusan WWE.

Sementara itu CNN menganggap tindakan Trump menyampaikan mesej bahawa tidak mengapa jika seseorang melakukan keganasan ke atas media.

“Daripada bersedia untuk perjalanan ke luar negara dan bertemu Presiden Russia, Vladimir Putin, buat kali pertama, menguruskan isu Korea Utara dan menangani rang undang-undang penjagaan kesihatan, dia terlibat dalam perangai kebudak-budakan, jauh daripada tahap maruah pejabatnya,” kata stesen berkenaan dalam kenyataan balasnya.

Trump dijadual berkunjung ke Poland dan Jerman hujung minggu ini. Dia dijangka bertemu Putin pada persidangan pemimpin 20 negara utama dunia di situ.

Penasihat keselamatan dan antikeganasan Rumah Putih, Thomas Bossert, berkata tweet Trump iitu tidak dianggap sebagai suatu ancaman.

“Saya tidak fikir sesiapa patut menganggapnya sebagai ancaman,” katanya.

Sumber: Malaysiakini



Sumber Donald Trump lepas geram belasah CNN

Related Posts :

0 Response to "Donald Trump lepas geram belasah CNN"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect