Awas! Minyak wangi tiruan punca kanser

Pengunaan minyak wangi tiruan boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik hingga membawa maut, kata Kementerian Kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin. — Foto AFP

Bahan kimia yang disembur di pergelangan tangan, leher dan badan meresap melalui kulit, menjadi punca sesak nafas dan masalah keradangan, lapor Harian Metro.

“Semua ini berpunca kandungan kimia berat terutama methanol yang kerap diguna pakai di dalam produk tiruan ini,” kata jurucakap kementerian itu.

Berbeza dengan pewangi tulen, kandungan ethanol sebagai pelarut lebih selamat kerana tidak berlebihan.

Sebaliknya methanol dalam minyak wangi tiruan boleh berubah menjadi formalin, penyebab kanser hati.

“Biasanya methanol mampu memberi kesan dalam tempoh singkat antaranya pening, sakit kepala, mual, sakit perut dan gangguan penglihatan,” kata jurucakap itu.

Dua premis di Puncak Alam dan Kajang di Selangor baru-baru ini diserbu pihak berkuasa kerana mengilang minyak wangi palsu dalam skala besar.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Awas! Minyak wangi tiruan punca kanser

Related Posts :

0 Response to "Awas! Minyak wangi tiruan punca kanser"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect