Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menerusi laman Instagramnya mendakwa terdapat pihak yang cuba menyeleweng duit royalti penulis lagu.
Menerusi kenyataan itu, Yasin memberitahu dia dan penulis lagu tempatan lain sudah mengadakan satu perjumpaan penting berkenaan isu tersebut.
“Royalti kami telah dinafikan, khabarnya ada penyangak yang dalam usaha mengambil jutaan ringgit kutipan duit hasil titik peluk penulis lagu sejak zaman berzaman,” jelasnya.
Beberapa pertimbangan sedang diatur termasuklah melaporkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Tambah Yasin lagi, satu gerakan sedang dijalankan untuk memulihkan kembali sistem pemberian royalti yang telah rosak disebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Yassin dedah ada penyangak kelepet royalti penulis lagu berjuta-juta, pertimbang lapor SPRM
0 Response to "Yassin dedah ada penyangak kelepet royalti penulis lagu berjuta-juta, pertimbang lapor SPRM"
Post a Comment