Telefilem 16 Puasa, ketengahkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, yang pastinya cerita ni best gila! Kena tengok!
Filem, drama, mahu pun tele-movie, banyak ditayangkan sama ada di televisyen, atau pun panggung wayang, yang mana sering kali menjadi tontonan setiap dari kita dalam mengetahui jalan cerita atau mesej yang cuba disampaikan.
Seperti yang sudah sedia maklum, ramai di antara kita telah tengok sebuah cerita hasil arahan Mamat Khalid, iaitu 16 Puasa, yang mana mengisahkan mengenai penduduk kampung yang sering ponteng puasa. Berbeza dengan ’15 Puasa’, di mana hanya seorang individu sahaja yang tidak berpuasa.
Tidak dapat dinafikan juga, karya-karya yang dihasilkan oleh Mamat Khalid sememngnya memberikan satu impak dan ada mesej tersendiri. Menerusi perkongsian dari saudara Mohd Izwanuddin Abd Rahim, apa yang dapat dinilai dan diperolehi dari telefilem 16 Puasa ini, cukup dekat dengan norma kehidupan seharian kita.
Telefilem 16 Puasa arahan Mamat Khalid ditayangkan di Astro First sempena bulan puasa ini. Telefilem ini dibintangi oleh Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Ngasrizal Ngasri, Rab Khalid, Man Kadir, Sharwani NS, dan TJ Isa.
Berikut beberapa ulasan saya terhadap telefilem ini.
1. Formula persahabatan
Mamat Khalid berjaya mengumpulkan beberapa nama besar untuk berlakon di bawah arahannya. Menjadi suatu kebiasaan Mamat Khalid untuk bekerjasama dengan rakan-rakan rapatnya dalam karya-karya yang diarahkannya.
2. Unsur realisme, parodi dan satira
3. Deadpan
Jenis lawak yang digunakan dalam telefilem ini ialah ‘ deadpan ‘. Nama lain bagi genre lawak ini ialah ‘ dry humor ‘. Orang kita panggil lawak kering. Dalam lawak jenis ‘ deadpan ‘, unsur lucu disampaikan dalam keadaan yang serius sehingga kadangkala penonton tidak pasti sama ada perkara itu serius atau tidak.
4. Auteur
Auteur berasal daripada Bahasa Perancis yang bererti pengarang. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘ Author ‘. Auteur dalam dunia pengarahan ialah keadaan di mana seseorang pengarah itu memasukkan Weltanschauung ( pandangan alam ) ke dalam karyanya.
5. Zeitgeist
Zeitgeist ertinya semangat zaman. Sewaktu peralihan antara satu babak dengan babak yang lain, Mamat Khalid memasukkan gambar para pelakon yang membuat aksi tertentu sambil memberinya tajuk-tajuk yang lucu seperti Isteriku Mrs Sideburn dan Suamiku Pakai Vest.
6. Sosialisme Blok Komunis Timur
Lagu-lagu yang digunakan oleh Mamat Khalid dalam telefilem ini memiliki pengaruh sosialisme dari Blok Komunis Timur. Sosialisme menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah teori atau sistem organisasi sosial yg menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal, dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata.
Demikianlah sebahagian falsafah pemikiran yang cuba disampaikan oleh Mamat Khalid dalam karya 16 Puasa ini.
~ MIAR ~
Sumber Telefilem 16 Puasa, ketengahkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, yang pastinya cerita ni best gila! Kena tengok!
0 Response to "Telefilem 16 Puasa, ketengahkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, yang pastinya cerita ni best gila! Kena tengok!"
Post a Comment