LIMA penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 22 Mei lalu.
Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri kesemua berusia 21 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Sementara itu, seorang lagi, Abdoul Hakeem Mohd Ali, 21, didakwa dengan pertuduhan bersubahat dengan lima tertuduh itu untuk melakukan perbuatan itu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Mengikut pertuduhan, kelima-lima tertuduh didakwa membunuh Zulfarhan, 21, yang juga pelajar tahun tiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM di bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM, antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kamun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Manakala, Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan kelima-lima tertuduh untuk melakukan perbuatan itu di tempat dan masa yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman serupa.
Mahkamah menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.
Sumber: Harian Metro
Sumber Reman 32 penuntut tamat, 5 didakwa bunuh Zulfarhan, bakal dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan
0 Response to "Reman 32 penuntut tamat, 5 didakwa bunuh Zulfarhan, bakal dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan"
Post a Comment