Adik kepada suspek yang meninggal dunia selepas dipukul orang awam kerana disyaki mencabul seorang wanita di bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian abangnya itu.
Adik mangsa yang dikenali sebagai Fizah, 20, berkata kejadian ini tidak patut berlaku memandangkan abangnya (suspek) berusia 31 tahun tidak diberi peluang untuk membela diri dan menjelaskan apa sebanarnya yang berlaku.
Baca artikel sebelum: Pencabul meninggal dibelasah, gadis mangsa cabul tampil dedah cerita sebenar apa terjadi dalam tandas
“Sejak malam tadi doktor memberitahu abang tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan kerana otaknya sudah mati.katanya.
“Kami sangat mengharapkan abang dapat kembali pulih bagi menerangkan kejadian sebenar, tetapi Allah lebih sayangkan abang,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.
Fizah berkata, Allahyarham adalah anak ke-4 dari 7 beradik. Arwah menghembuskan nafas terakhir di zon merah HSB tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki dipukul oleh orang awam selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita di dalam tandas premis tersebut.
Suspek bagaimanapun gagal melarikan diri selepas wanita terbabit menjerit dan meronta sebelum suspek ditahan dan dipukul oleh orang awam yang berada di premis itu.
Bagaimanapun sehingga kini Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes berkenanaan.
Sumber: Eberita
Sumber Rakan pencabul dakwa arwah cuma tersalah masuk toilet wanita kerana tak tahan nak buang air besar
0 Response to "Rakan pencabul dakwa arwah cuma tersalah masuk toilet wanita kerana tak tahan nak buang air besar"
Post a Comment