Pujuk rayu Lee Chong Wei sentuh hati: “Dia mungkin mahu tamatkan karier bersama saya” – Misbun

Pujukan dan rayuan Datuk Lee Chong Wei menyentuh hati Datuk Misbun Sidek untuk kembali ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pujuk rayu Lee Chong Wei sentuh hati: "Dia mungkin mahu tamatkan karier bersama saya" - Misbun

Pujuk rayu Lee Chong Wei sentuh hati: “Dia mungkin mahu tamatkan karier bersama saya” – Misbun

Lagenda badminton negara itu berkata beliau telah mendengar segala luahan hati jaguh dunia itu sebelum menerima tawaran ketua jurulatih perseorangan negara.

“Sebab utama saya menyahut cabaran untuk kembali ke BAM pada kali ini adalah kerana Datuk Lee Chong Wei.

“Apa yang menyentuh hati saya ialah kali ini dia sangat berharap agar saya kembali. Mungkin dia mahu menamatkan karier bersama saya,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

“Selepas melihat kesungguhannya, saya tanya apa sebab untuk saya kembali dan dia menceritakan segala-galanya kepada saya. 

“Saya akur dan terima tawaran ini khas untuk dia,” katanya lagi.

Menganggap Chong Wei umpama anak sendiri, Misbun pernah bersama BAM bermula 2002 sehingga 2011 dan menggilap Chong Wei sehingga menjadi pemain nombor satu dunia.

Sumber: Malay Mail



Sumber Pujuk rayu Lee Chong Wei sentuh hati: “Dia mungkin mahu tamatkan karier bersama saya” – Misbun

Related Posts :

0 Response to "Pujuk rayu Lee Chong Wei sentuh hati: “Dia mungkin mahu tamatkan karier bersama saya” – Misbun"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect