Nahas dengan lori, lelaki ‘sedar’ tangan putus

Seorang lelaki putus tangan kanan dari paras bahu selepas motosikal yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Seorang lelaki putus tangan kanan selepas terbabit nahas sebelum dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam dan paramedik. — Foto ihsan Facebook/Angkatan Pertahanan Awam Sibu

Ahmad Afzainizam Mathie, 30, juga patah kaki kanan dan cedera di muka ekoran nahas jam 10.23 pagi ini, lapor Berita Harian.

Pegawai operasi Angkatan Pertahanan Awam berkata mangsa masih sedar ketika paramedik tiba di lokasi nahas.

“Malah kami membalut bahagian tangan yang terputus sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” kata Frankie John Jawan.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Sibu dari kampungnya di Daro sebelum nahas berlaku di Jalan Bawang dekat Jambatan Lebaan.

Keadaan lelaki itu stabil.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Nahas dengan lori, lelaki ‘sedar’ tangan putus

Related Posts :

0 Response to "Nahas dengan lori, lelaki ‘sedar’ tangan putus"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect