“Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami” – Nazri Aziz nafi kementeriannya keluarkan kad perniagaan rasmi untuk isteri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menafikan dakwaan bahawa pejabatnya mengeluarkan kad perniagaan untuk isterinya, Datin Seri Haflin Saiful.

"Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami" - Nazri Aziz nafi kementeriannya keluarkan kad perniagaan rasmi untuk isteri

“Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami” – Nazri Aziz nafi kementeriannya keluarkan kad perniagaan rasmi untuk isteri

Kad perniagaan yang tular di media sosial pada Rabu itu menunjukkan logo rasmi kerajaan berserta gambar kecil isterinya  di bahagian kanan kad berkenaan.

Di bawah nama yang tertera Datin Seri Haflin S, tertulis jawatan sebagai “Isteri-Menteri  Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia”.

Turut tertera alamat lengkap pejabat menteri di Putrajaya bersama nombor telefon dan emel bekas personaliti televisyen itu.

 

Nazri bagaimanapun berkata, kementeriannya tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang kad perniagaan kepada individu yang bukan berjawatan pegawai.

“Dia tidak bekerja untuk kementerian. Ia adalah palsu.

“Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami,” katanya ketika dihubungi The Star.

Sumber: Mstar



Sumber “Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami” – Nazri Aziz nafi kementeriannya keluarkan kad perniagaan rasmi untuk isteri

Related Posts :

0 Response to "“Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami” – Nazri Aziz nafi kementeriannya keluarkan kad perniagaan rasmi untuk isteri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect