Malaysia naik ke tangga 155 dalam ranking FIFA

KUALA LUMPUR: Malaysia naik tiga anak tangga dan berada pada kedudukan ke-155 dalam ranking terkini Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Menurut laman sesawang FIFA www.fifa.com , skuad Harimau Malaya kini mengumpul 148 mata, biarpun tidak bermain sebarang perlawanan dalam masa dua bulan lalu, selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Filipina pada 22 Mac lepas.

Malaysia kini berada dalam kelompok pasukan seperti Papua New Guinea yang berada pada ranking ke-153, Chad (154), Maldives (156) dan Singapura (157).

Malaysia boleh meningkatkan lagi kedudukannya jika skuad itu di bawah kendalian jurulatih Portugis yang baharu dilantik Nelo Vingada, jika mencapai keputusan positif dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan pada 13 Jun ini.

Sementara itu, tiada perubahan besar direkodkan dalam kalangan 10 pasukan teratas bulan ini, kecuali Poland yang naik satu anak berkongsi tangga ke-10 bersama Sepanyol, sementara Brazil di tangga teratas di hadapan jirannya Argentina diikuti Jerman dan Chile.

Ranking bulanan itu melibatkan 206 negara.

-- BERNAMA



Sumber Malaysia naik ke tangga 155 dalam ranking FIFA

0 Response to "Malaysia naik ke tangga 155 dalam ranking FIFA"

Post a Comment