LPF arah Astro teliti semula drama Magnificent Century

LEMBAGA Penapis Filem (LPF) mengarahkan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (ASTRO) mengambil tindakan segera meneliti semula tapisan kandungan drama bersiri Magnificent Century yang sedang ditayangkan di saluran Astro Maya HD dan Astro Prima.

Magnificent Century

Magnificent Century

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, ia perlu dilakukan dengan mengambil kira aduan orang awam berhubung drama bersiri itu yang mengandungi adegan kurang sesuai dalam konteks masyarakat Islam.

Baca artikel sebelum: Netizen kecam Astro tayang drama Magnificent Century kerana hina Islam, paparkan adegan lucah dan fitnah keatas Sejarah Uthmaniyah

“Berdasarkan aduan orang awam, LPF mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak ASTRO pada 29 Mei.

“Perbincangan itu juga dihadiri oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana pihak jabatan itu turut menerima aduan daripada orang awam,” kata kenyataan dikeluarkan di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, KDN menjelaskan, ASTRO melaksanakan tapisan kendiri ke atas semua kandungan yang ditayangkan di saluran televisyennya.

“Ini bermakna, semua kandungan yang disiarkan di ASTRO ditapis oleh syarikat berkenaan sendiri dan tidak melalui tapisan LPF,” katanya.

Drama bersiri berkenaan berasal dari Turki dan ia mengisahkan pergolakan istana semasa pemerintahan Sultan Sulaiman pada zaman Kerajaan Islam Uthmaniyah, Turki pada abad ke-16.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber LPF arah Astro teliti semula drama Magnificent Century

0 Response to "LPF arah Astro teliti semula drama Magnificent Century"

Post a Comment