Sebuah pesawat AirAsia milik Malaysia yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal.
Kerosakan teknikal: Pesawat AirAsia dalam perjalanan ke KL bergegar seperti mesin basuh, terpaksa patah balik
Seorang penumpang ketika ditemui berkata, beliau mendengar bunyi kuat dan pesawat itu bergegar seperti sebuah mesin basuh.
Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
Jurucakap lapangan terbang itu berkata, kerosakan terbabit disedari juruterbang pesawat berkenaan dan memutuskan untuk berpatah balik ke Perth.
” Ia disahkan sebagai kerosakan teknikal. Pasukan kecemasan telah diarahkan bersiap sedia susulan kejadian itu tetapi tiada sebarang perkara lebih serius berlaku” , katanya.
Ini adalah kali kedua membabitkan pesawat Airbus A330 di Australia bulan ini, selepas sebuah pesawat milik China Eastern membuat pendaratan cemas di Sydney.
Ia susulan penemuan sebuah lubang besar pada penutup enjin pesawat terbabit. -AFP
Via: BH
Sumber
Kerosakan teknikal: Pesawat AirAsia dalam perjalanan ke KL bergegar seperti mesin basuh, terpaksa patah balik
Related Posts :
(Video) ‘Cukup Untuk Dapat Makan Nasi Kosong’ – Warga Emas Ambil Upah RM10 Kemas Dua Rumah SeharianMemang tidak dinafikan, pand3mik C0v1d 19 ini telah meninggalkan kes4n yang sangat mendalam bagi golongan yang kurang berkem4mpuan khususnya… Read More...
DSV payung vide0 ‘kembar’, bikin netizen ucap terima kasih sebab sangat terhiburNampaknya selepas pelakon, Shahiezy Sam hang4t menjadi bualan netizen di media sosial berikutan salah seorang atlet Olimpik mempunyai wajah … Read More...
(Video) T4kut Baju Mereput, Che Ta Melaram Pakai Lawa-Lawa Pergi V4ksinSebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperk4takan. Malah ramai wanita diluar… Read More...
(Video) Sem4k mata tengok sudu, garfu tak cuci… sekali muncul gah ‘burung besi’, harga paling kurang 4 angka – “Kalau ratus-ratus simpan dulu”SIAPA sangka terperap lama berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membuahkan hasil yang sangat kreatif.
Beg… Read More...
“Dah Hampir Sebulan, Bayang Rumah PPR Pun Tak Nampak Lagi”Bulan lalu, pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun meminta bantuan rumah m4mpu milik daripada pihak berwajib kerana tidak m4mpu membayar se… Read More...
0 Response to "Kerosakan teknikal: Pesawat AirAsia dalam perjalanan ke KL bergegar seperti mesin basuh, terpaksa patah balik"
Post a Comment