Kaum Melayu merupakan golongan paling ramai ditangkap menagih dadah berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun.
Kaum Melayu golongan paling ramai ditangkap menagih dadah – Rekod PDRM
Ketua penolong pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM Bukit Aman berkata sebanyak 71 peratus daripada jumlah tangkapan sejak 2014 hingga Mei 2017 melibatkan orang Melayu.
Manakala 41 peratus golongan muda, dalam kelompok umur antara 14 hingga 29 tahun paling ramai menjadi penagih, kata SAC Zulkifli Ali seperti dilapor Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam Forum Jihad Memerangi Penyalahgunaan Dadah di sini, hari ini.
Katanya polis kini berdepan cabaran apabila dadah yang terhasil lebih moden melalui makmal seperti syabu berbanding dadah tradisional sebelum ini yang bergantung kepada tumbuhan seperti ganja.
Lebih mencabar katanya dadah kini dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan bungkusan, menyukarkan pihak berkuasa mengesan sama ada ia bahan terlarang atau tidak.
Sumber: Malay Mail
Sumber Kaum Melayu golongan paling ramai ditangkap menagih dadah – Rekod PDRM
0 Response to "Kaum Melayu golongan paling ramai ditangkap menagih dadah – Rekod PDRM"
Post a Comment