“Saya tak tahu nak cakap apa sebab masih lagi terkejut dengan berita palsu yang saya terima pagi tadi,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE.

Mengulas mengenai tindakan yang akan diambil, kata pelakon yang kini sedang popular dengan drama bersiri Andainya Takdir itu, dia hanya akan mengambil tindakan jika sekiranya perkara itu berlanjutan.

“Saya kalau boleh memang tak nak ambil tahu pun benda-benda macam ini sebab lelaki itu bukan saya. Zaman sekarang ini orang boleh gunakan nama dan gambar saya untuk dijadikan bahan fitnah.

“Saya hanya akan ambil tindakan jika ia membabitkan keluarga saya dan berlebih-lebihan. Saya anggap ini adalah dugaan untuk saya di bulan puasa dan mendapat pahala lebih besar buat saya,” jelasnya.

Sumber: UTUSAN ONLINE