BAPA penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera rakan dengan seterika wap, Khamis lalu, membuat laporan polis hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
Katanya, laporan polis itu dibuat oleh Zulkarnain Idrus di Balai Polis Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada 10.25 pagi.
“Bapa arwah Zulfarhan Osman membuat laporan polis di Balai Polis Nusa Bestari, Iskandar Puteri pagi tadi.
“Laporan itu dibuat kerana tidak puas hati dengan kematian anaknya,” katanya.
Zulkarnain bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun sebelum ini memaklumkan keluarganya sudah melantik peguam bagi membela kematian Pegawai Kadet Laut UPNM itu.
Zulfarhan Osman disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 10 malam Khamis lalu, dipercayai didera rakan dengan seterika wap, selain terdapat kesan melecur di dada, tangan dan kakinya, selepas dituduh mencuri komputer riba milik seorang penuntut.
Polis yang mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh menahan 36 penuntut berusia antara 20 dan 21 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.
Sumber: Harian Metro
Sumber
Giliran bapa Zulfarhan buat laporan polis
Related Posts :
Rezeki tersekat ketika PKP, peniaga pasar malam, pengusaha teh dan rempah ini dah mampu tersenyum… mujur ada NCER!PANDEMIK Cov1d-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu ternyata membawa impak besar buat penduduk negara ini.
Sepanjang tempoh getir itu, s… Read More...
“Lovelah Datuk, Macam M. Daud Kilau” – Fuh Ramai Terpuk4u Fazley Bergelek! Persediaan Untuk Konsert GV8 Ahad Ini Ke?Bintang Gegar Vaganza kelapan (GV8) Datuk Fazley Yakoob mencuri tumpuan ramai apabila tampil bergelek.
Aksi ligat itu dikongsi Fazley meneru… Read More...
Baru 14 tahun, ada sebab abang long sanggup berhenti sekolah… demi keluarga gigih guna motor angkut stok, kini ada kereta tapi tetap teringin nak belajarKEHIDUPAN anak sulung ini berubah sepenuhnya selepas bapanya men1nggal dunia pada tahun 2014.
Imbas Muhammad Hazim Mohd Rosli, 23, dia terpa… Read More...
Akhirnya Nora Ariffin Sah Bergelar Isteri Kepada Sahabat Baik Arw4h JohanPenyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan dia kini bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli.
Perkongsian tersebut dikongsikan penyanyi berusia 4… Read More...
[VIDEO] Hari-Hari Cakap Tak Sabar Nak Duduk Rumah ‘Baru’, Wanita Akur Suami Tersayang Men1nggal Dunia Selepas 11 Bulan BersamaWalaupun usia perkahwinan baru sahaja 11 bulan, seorang wanita terpaksa akur dan reda apabila suami tersayang dijemput Sang Pencipta. Walaup… Read More...
0 Response to "Giliran bapa Zulfarhan buat laporan polis"
Post a Comment