Dulu pernah dirogol, kini OKU bisu dan pekak ini dicabul pula di pusat jagaan

Seorang wanita kelainan upaya (OKU) nyaris diperkosa seorang lelaki dalam tandas sebuah rumah kebajikan dekat sini.

Dulu pernah dirogol, kini OKU bisu dan pekak ini dicabul pula di pusat jagaan

Dulu pernah dirogol, kini OKU bisu dan pekak ini dicabul pula di pusat jagaan

Rengusan wanita itu, 33, menyelamatkannya daripada dirogol penghuni lelaki pusat jagaan itu pada 3.30 petang kelmarin, lapor Harian Metro.

Tindakan wanita bisu dan pekak itu yang berada tandas dewan makan rumah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, disedari penghuni lain.

Penjaga rumah mendapati mangsa, yang tidak pandai berbahasa isyarat atau menulis, dalam keadaan “tidak berpakaian lengkap” bersama suspek.

“Sebelum ini mangsa ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Bedong, Kedah selepas kematian penjaganya,” kata sumber seperti dilapor.

“Tetapi dia dipindahkan ke rumah kebajikan baru itu selepas menjadi mangsa rogol di rumah kebajikan lama didiami.”

Mangsa, yang baru sembilan hari mendiami rumah itu, berdepan insiden yang sama sebelum ini tetapi mangsa kali ini nyaris diperkosa.

Laporan itu tidak menyebut sama ada kejadian itu telah diadukan kepada polis atau tidak.

Sumber: Malay Mail



Sumber Dulu pernah dirogol, kini OKU bisu dan pekak ini dicabul pula di pusat jagaan

Related Posts :

0 Response to "Dulu pernah dirogol, kini OKU bisu dan pekak ini dicabul pula di pusat jagaan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect