“Ada yang kata saya simpan ‘anak ikan’, tanggung suami tapi hakikatnya saya bahagia” – Rosnah Mat Aris

PELAKON veteran, Rosnah Mat Aris, 62, menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia menanggung hidup suaminya, Tajul Efendie Isa, 35, sejak 10 tahun lalu.

Rosnah berkata, dia yang berkahwin kali kedua dengan Tajul atau dikenali sebagai Blue sejak 10 tahun lalu kini bahagia.

“Macam-macam gosip saya dengar mengenai rumah tangga kami. Ada yang kata saya simpan ‘anak ikan’ dan saya yang menanggung hidup suami selama ini.

“Hakikatnya, rumah tangga kami bahagia sampai sekarang. Walaupun beza usia kami 27 tahun, tetapi suami seorang yang matang berbanding usianya. Selain itu, dia juga seorang yang jujur dan tidak pernah mengambil kesempatan termasuk dalam soal kewangan,” katanya.

Ditanya mengenai anak-anaknya, Rosnah berkata, salah seorang anak lelakinya turut tinggal bersama mereka.

“Anak perempuan saya sudah berkahwin kini mengikut suaminya. Apapun, hidup saya dan suami tidak sunyi kerana ada seorang cucu yang masih kecil tinggal bersama dan menceriakan kami sekeluarga,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Ada yang kata saya simpan ‘anak ikan’, tanggung suami tapi hakikatnya saya bahagia” – Rosnah Mat Aris

0 Response to "“Ada yang kata saya simpan ‘anak ikan’, tanggung suami tapi hakikatnya saya bahagia” – Rosnah Mat Aris"

Post a Comment