SEORANG wanita Perancis menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk selama 10 tahun tanpa melaporkan kematian mangsa bagi membolehkannya menuntut wang pencen ibunya sebanyak £1,700 (RM9,360) sebulan.
Mayat wanita berusia 90 tahun (umur sekarang) itu ditemui selepas polis mula menyiasat pemalsuan tuntutan pencen oleh wanita berusia 55 tahun itu.
Menurut Daily Mail, wanita itu tinggal di sebuah rumah berkembar di perkampungan Horsarrieu, dekat Pau, di selatan Perancis, dengan peti sejuk menempatkan mayat ibunya itu diletak pada hujung halaman.
Peti sejuk itu bagaimanapun, tidak disambung pada bekalan elektrik.
Selepas ditahan, wanita itu mendakwa ibunya meninggal dunia tujuh tahun lalu, namun menurut polis, tiada tuntutan perubatan dibuat ibunya sejak 2007, yang bekemunngkina tarikh kematian mangsa.
Semua bantuan kebajikan, termasuk pengeluaran pencen ibunya tetap ditunaikan sepanjang 10 tahun itu.
Pada 2007, wanita itu dan ibunya tinggal dekat Toulouse, kira-kira 320 kilometer dari tempat tinggalnya sekarang dan dia dipercayai memindahkan mayat berkenaan ke Horsarrieu pada Julai 2016.
Mayat itu ditemui dibalut dengan kain tarpaulin dibawah longgokan pakaian lama.
Sumber: Harian Metro
Sumber 10 tahun anak perempuan sorok mayat ibu dalam peti demi tuntut pencen
0 Response to "10 tahun anak perempuan sorok mayat ibu dalam peti demi tuntut pencen"
Post a Comment