Viral Dua Lelaki Pukul OKU Sampai Mati, Ini Cerita Sebenar Disebalik Video Tersebut

Kurang ajar dan langsung tidak berhati perut adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila menyaksikan video yang menjadi tular di media sosial ini.
Viral Dua Lelaki Pukul OKU Sampai Mati, Ini Cerita Sebenar Disebalik Video Tersebut

Viral Dua Lelaki Pukul OKU Sampai Mati, Ini Cerita Sebenar Disebalik Video Tersebut

Apa tidaknya, dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 8 saat tersebut dapat dilihat dengan jelas dua individu bertindak menyerang dan memukul seorang lelaki. Apa yang lagi kejam adalah mereka bukan memukulnya menggunakan tangan, tapi menggunakan dua batang besi.
Menurut sumber, mangsa adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU). Bayangkan sahaja kesakitan yang ditanggung lelaki tersebut apabila dirinya ‘dibantai’ teruk tanpa belas kasihan.
Lebih malang, mangsa mati akibat dari kejadian itu. Rata-rata netizen menyelar tindakan dua individu tersebut yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Namun, jangan mudah membuat spekulasi secara melulu kerana ada cerita di sebaliknya.
Menurut laporan Sinar Harian, mangsa yang mati itu dikenali sebagai Chin Yook Sin dan memang dikenali penduduk setempat sebagai seorang yang kurang siuman.
Sebelum kejadian, Yook Sin memang suka menghina individu yang memukulnya itu. Pada hari kejadian juga, Yook Sin dipercayai telah menyerang dan memukul dua lelaki tersebut terlebih dahulu.
Disebabkan mahu mempertahankan diri, kedua-dua lelaki tersebut membalas pukulan hingga menyebabkan Yook Sin maut. Kedua-dua lelaki tersebut kini sudah ditahan polis untuk tindakan selanjutnya.

Insiden ini memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak membuat sebarang tuduhan tanpa mengetahui kisah yang sebenar. Dengarkan dahulu cerita dari kedua-dua belah pihak sebelum mengeluarkan sebarang pendapat atau kata-kata. 


Sumber Viral Dua Lelaki Pukul OKU Sampai Mati, Ini Cerita Sebenar Disebalik Video Tersebut

0 Response to "Viral Dua Lelaki Pukul OKU Sampai Mati, Ini Cerita Sebenar Disebalik Video Tersebut"

Post a Comment