“Tidak ada apa-apa kebaikan jika saya jawab TMJ” – KJ

“Saya rasa tidak ada apa-apa kebaikan yang boleh datang daripada saya menjawab isu tersebut,” demikian jawapan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri selebriti: Tiada kebaikan saya jawab TMJ

Berliau berkata sedemikian susulan kenyataan dari Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengatakan Khairy ‘lebih baik menjadi selebriti’.

Khairy berkata demikian ketika ditanya wartawan sewaktu Program Santai bersama Ahli-Ahli Parlimen Belia di Dewan Jamuan, Bangunan Sementara Parlimen, di sini hari ini.

TMJ membuat kenyatan itu selepas ketiadaan Khairy dalam perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang, Sabtu lalu.

Baca artikel sebelum: “Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ

Menurut TMJ, Khairy sepatutnya antara individu penting yang patut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini.

“Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri.

“Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber “Tidak ada apa-apa kebaikan jika saya jawab TMJ” – KJ

0 Response to "“Tidak ada apa-apa kebaikan jika saya jawab TMJ” – KJ"

Post a Comment