Tak sanggup dirogol sejak bertahun-tahun, wanita kerat kemaluan guru agama

Seorang wanita berumur 23 tahun bertindak memotong kemaluan seorang guru agama di selatan Kerala, mendakwa lelaki itu telah merogolnya sejak bertahun-tahun, lapor BBC.

Tak sanggup dirogol sejak bertahun-tahun, wanita kerat kemaluan guru agama

Tak sanggup dirogol sejak bertahun-tahun, wanita kerat kemaluan guru agama

Polis berkata, suspek, Gangeshananda Theerthapada akan datang ke rumah wanita itu untuk membuat upacara keagamaan untuk kesihatan bapanya.

Ibunya mengharapkan guru agama itu akan membantu meringankan masalah keluarga, sebaliknya anaknya mendakwa dia diserang setiap kali ada kesempatan.

Pada malam Jumaat, wanita itu mengambil pisau dan menyerang lelaki itu ketika dia cuba untuk merogol mangsa dan menghubungi polis.

Lelaki itu dikejarkan ke Thiruvananthapuram Medical College untuk pembedahan kecemasan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hospital itu, lelaki berusia 54 tahun dari Kollah dimasukkan ke hospital pada Sabtu selepas kemaluannya hampir 90 peratus terputus dan berkemungkinan tidak dapat disambung kembali.

“Pakar bedah plastik yang juga pakar urologi hospital berkenaan membuat pembedahan kecemasan untuk menghentikan pendarahan dan membolehkan dia membuang air kecil,” petik kenyataan itu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Arul B Krishna memberitahu The Times of India, bapa wanita itu telah terlantar sakit sejak bertahun-tahun.

Arul berkata, mangsa menceritakan perbuatan lelaki kepada ibunya, namun wanita itu tidak membuat sebarang laporan.

Ketua Menteri Kerala Pinarayi Vijayan memuji keberanian mangsa, berkata ia adalah “satu tindakan yang berani dan kuat”.

Sumber: Sinar



Sumber Tak sanggup dirogol sejak bertahun-tahun, wanita kerat kemaluan guru agama

Related Posts :

0 Response to "Tak sanggup dirogol sejak bertahun-tahun, wanita kerat kemaluan guru agama"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect