“Suka hati lapah lembu orang!” – Lembu hilang seekor, tengok-tengok dah kena lapah

Seorang warga emas di sini kerugian lebih RM1,000 apabila lembu miliknya dilapah individu tidak bertanggungjawab dalam kejadian di Kampung Kalai, Batu Melintang di sini, malam kelmarin.

"Suka hati lapah lembu orang!" - Lembu hilang seekor, tengok-tengok dah kena lapah

“Suka hati lapah lembu orang!” – Lembu hilang seekor, tengok-tengok dah kena lapah

 

 

Warga emas berkenaan, Ismail Che Hassan, 65, berkata, dia hanya menyedari tentang kejadian itu kira- kira jam 10 pagi semalam selepas cubaan mencari lembunya itu gagal.

“Pagi semalam, ketika dalam perjalanan nak pergi menoreh pakcik singgah tengok lembu-lembu di ladang kelapa sawit berhampiran, ketika tu dah sedar tak cukup seekor.

“Lepas menoreh pakcik dan isteri pergi tengok sekali lagi dan cari di kawasan sekitar termasuk bukit berdekatan. Ingatkan dibaham binatang buas, ” katanya kepada media di sini, hari ini.

Ismail berkata, dia dan isteri bagaimanapun meneruskan pencarian sebelum menemui bangkai ternakan mereka di celah-celah pokok kelapa sawit tidak jauh dari Sungai Kelaya.

Ismail berkata, kejadian berkenaan merupakan yang ketiga di kawasan itu selepas kejadian pertama dan kedua beberapa tahun lalu.

Menurutnya, kejadian tersebut yang pertama melibatkan lembunya sejak 10 tahun dia menternak lembu di kawasan berkenaan.

Ismail berkata, laporan polis mengenai perkara itu sudah dibuat semalam dan pihaknya berharap kejadian sama tidak berulang.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan kejadian mendapati bangkai lembu yang masih berkepala bersama kaki itu masih di situ dan berbau.

Sementara itu, semalam tular mengenai kejadian lembu dilapah di ladang sawit ini tersebar luas sebelum disahkan kebenarannya oleh pihak berkenaan.

 

 

Sumber: Sinar



Sumber “Suka hati lapah lembu orang!” – Lembu hilang seekor, tengok-tengok dah kena lapah

0 Response to "“Suka hati lapah lembu orang!” – Lembu hilang seekor, tengok-tengok dah kena lapah"

Post a Comment