Siar gambar Umat Islam tengah solat sambil tajuk ‘Malaysian terrorist leader’, 4 pengarang The Star menghadap KDN

EMPAT pengarang akhbar The Star hadir di kompleks Kementerian Dalam Negeri kira-kira jam 10.50 pagi tadi, dipercayai dipanggil untuk memberi penjelasan terhadap paparan muka depan akhbar terbabit, Sabtu lalu.

Antara individu yang kelihatan dipercayai termasuk tiga pengarang eksekutif akhbar berkenaan.

Semalam, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap The Star sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan.

Beliau turut kesal kerana tindakan akhbar itu tidak menjaga sensitiviti umat Islam biarpun pengurusannya sudah dipanggil pada 23 Mei lalu dan diberi penerangan mengenai garis panduan penerbitan.

Muka depan akhbar itu Sabtu lalu menyiarkan gambar umat Islam yang sedang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan sambil tajuk muka depannya, ‘Malaysian terrorist leader’.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Siar gambar Umat Islam tengah solat sambil tajuk ‘Malaysian terrorist leader’, 4 pengarang The Star menghadap KDN

0 Response to "Siar gambar Umat Islam tengah solat sambil tajuk ‘Malaysian terrorist leader’, 4 pengarang The Star menghadap KDN"

Post a Comment