Padah merogol seorang murid seorang kanak-kanak darjah enam, seorang warden asrama dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan dua sebatan di mahkamah sesyen, di sini, petang tadi.
Rogol murid darjah 6, warden asrama dipenjara 17 tahun dan 2 sebatan
Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Abdul Hafiz Abdul Shukri, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Abdul Hafiz didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun 11 bulan tersebut di sebuah rumah di Melor, di sini, pada jam 6.15 pagi, 14 Februari 2015.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Yusoff.
Terdahulu, Mohd Firdaus dalam mitigasinya memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana itu kesalahan pertama tertuduh selain tertuduh yang perlu menjaga seorang ibu yang sudah berusia.
Siti Hajar pula memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana mangsa dalam kejadian itu merupakan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.
“Maruah mangsa diragut sewal usia kanak-kanak. Kesalahan tertuduh amat serius, saya mohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh.
Nazri kemudian menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun bermula dari tarikh sabitan dengan dua sebatan.
Sumber: Sinar
Sumber Rogol murid darjah 6, warden asrama dipenjara 17 tahun dan 2 sebatan
0 Response to "Rogol murid darjah 6, warden asrama dipenjara 17 tahun dan 2 sebatan"
Post a Comment