“Ramadan masa terbaik berhenti merokok” – Pakar berhenti merokok, Sister Swinder

RAMADAN adalah masa terbaik untuk perokok berhenti merokok, khususnya bagi mereka yang beragama Islam.

"Ramadan masa terbaik berhenti merokok" - Pakar berhenti merokok, Sister Swinder

“Ramadan masa terbaik berhenti merokok” – Pakar berhenti merokok, Sister Swinder

Ini kerana seseorang yang menjalani ibadah puasa lebih bersemangat dari segi rohani, kata pakar berhenti merokok, Swinder Jit Jag Singh.

Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Sister Swinder berkata, amalan berpuasa, iaitu tidak makan dan minum, turut memudahkan perokok untuk menghindari rokok kerana golongan ini biasanya merokok selepas makan.

“Cuma ketika selepas berbuka biasanya mereka akan merokok balik.

“Jadi, kali ini, saya nasihatkan pada yang nak berhenti merokok, lepas makan jangan ambil rokok, terus saja ‘lari’ pergi masjid atau surau.

 

“Sibukkan diri dengan aktiviti di masjid, ‘pray’ banyak-banyak, jadi semangat you pun akan kuat,” nasihat beliau.

Sister Swinder percaya jika seseorang itu mempunyai kekuatan untuk berpuasa, beliau turut memiliki ”will power” atau keazaman yang cukup untuk terus berhenti merokok.

Beliau juga percaya cara terbaik untuk berhenti ialah secara serta merta atau ‘cold turkey’.

“Saya syorkan berhenti terus, kerana berdasarkan pengalaman saya sebagai kaunselor berhenti merokok selama 23 tahun, memang cara ini lebih berjaya.

“Kalau cara berhenti sikit-sikit, maksudnya cuba kurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit, jarang berkesan dalam kalangan pesakit saya,” katanya yang kini mengetuai Klinik Berhenti Merokok Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) di Kuala Lumpur.

Menurut Sister Swinder, mereka yang cuba berhenti secara sedikit demi sedikit biasanya akan berjaya mengurangkan rokok untuk satu tempoh tertentu saja, tetapi kemudian pengambilan rokok mereka akan meningkat semula.

“Graf (pengambilan rokok) mereka macam ombak, turun naik, turun naik, tetapi tak pernah betul-betul berhenti. “Sebab itulah siapa yang datang jumpa saya, saya akan suruh mereka berhenti serta merta.

“Kalau sikit-sikit begini membazir ubat,” katanya.

Jelasnya lagi, mereka yang datang ke klinik beliau akan dijelaskan mengenai simptom akibat berhenti merokok atau ‘withdrawal symptoms’ seperti batuk, selsema dan sakit kepala, supaya mereka dapat bersedia untuk menghadapi kesan itu.

Selepas membaca dan menandatangani ikrar berhenti merokok, mereka akan turut dibekalkan dengan ubat atau NRT (nicotine replacement treatment) dalam bentuk pelekat atau gula-gula getah.

“Mengikut pengalaman saya, kalau pada bulan Ramadan, ramai daripada mereka beritahu kita yang mereka tak perlukan ubat.

“Biasanya dalam bulan puasa ini semangat mereka, ”will power”, lebih kuat, oleh sebab itu pada sesiapa yang nak berhenti merokok itu ambil peluang, berhenti saja sekarang,” tegasnya.

Sumber: Metro



Sumber “Ramadan masa terbaik berhenti merokok” – Pakar berhenti merokok, Sister Swinder

0 Response to "“Ramadan masa terbaik berhenti merokok” – Pakar berhenti merokok, Sister Swinder"

Post a Comment