Periuk meletup, pengacara GoShop selamba kata “Wow! Dashyatnya kita punya produk kali ini”

Seiring dengan perkembangan semasa, perkhidmatan membeli belah dalam talian kini semakin mendapat sambutan dan antara platform popular dalam kalangan pengguna Malaysia adalah Go Shop.

Go Shop merupakan sebuah rancangan yang menawarkan pelbagai produk digital dan elektronik, kelengkapan rumah dan dapur, fesyen serta kosmetik secara terus kepada pelanggan dengan hanya berada di depan kaca televisyen (TV).

Bagaimanapun, pada Sabtu lalu ketika platform e-dagang tersebut bersiaran secara langsung di saluran Astro TV (118), penonton dikejutkan dengan insiden letupan melibatkan peralatan memasak periuk tekanan (Pressure Cooker).

Insiden tersebut menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketika kejadian, seorang tukang masak dan dua pengacara program berkenaan dilihat sedang membuat demonstrasi barangan jualan secara tutorial di kaca TV, sebelum beberapa saat kemudian periuk tersebut secara tiba-tiba meletup.

Akibat letupan kuat, bahan makanan di dalam periuk tersebut tercampak dan periuk menjadi bengkok.

Kedengaran suara pengacara lelaki yang cuba mengawal situasi tersebut berkata, “Wow! dashyatnya kita punya produk kali ini.”

Susulan insiden tersebut, Go Shop dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan insiden yang berlaku pada Sabtu lalu melibatkan set alat memasak Cuoco Volcanic Rock bukan berpunca kerana masalah kualiti produk, sebaliknya kesilapan pemasangan produk dan ‘principal’.

Go Shop berkata, pihaknya telah menghentikan jualan produk tersebut sementara waktu melalui saluran TV, laman web dan aplikasi mudah alih.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan setia kami bahawa kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik bila membeli-belah di Go Shop serta memastikan bahawa kami menawarkan hanya barangan yang bermutu tinggi,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tambah Go Shop, tiada sebarang kecederaan akibat letupan itu.

Pelanggan yang telah membeli produk tersebut boleh menghubungi pihak Go Shop menerusi e-mel di wecare@goshop.com.my atau menelefon talian 24-jam kami 1-800-82-0088.

Sumber: MD



Sumber Periuk meletup, pengacara GoShop selamba kata “Wow! Dashyatnya kita punya produk kali ini”

0 Response to "Periuk meletup, pengacara GoShop selamba kata “Wow! Dashyatnya kita punya produk kali ini”"

Post a Comment