Pemandu beca dipukul sampai mati kerana tegur 2 remaja kencing di tempat awam

Seorang pemandu beca dipukul sehingga mati selepas dia menegur dua remaja yang membuang air kecil di tempat awam di barat laut Delhi semalam.

Pemandu beca dipukul sampai mati kerana tegur 2 remaja kencing di tempat awam

Pemandu beca dipukul sampai mati kerana tegur 2 remaja kencing di tempat awam

Kejadian berlaku berhampiran stesen metro GTB.

Menurut polis, mangsa Ravinder sedang makan tengah hari berdekatan stesen metro GTB ketika dia melihat dua lelaki membuang air kecil di tempat awam.

Ravider menegur dan meminta mereka untuk tidak berbuat demikian dan mereka meninggalkan tempat tersebut.

Bagaimanapun, kedua remaja berkenaan kembali semula pada petang hari kejadian mencari Ravinder.

“Remaja berkenaan dikatakan berada dalam keadaan mabuk,” kata polis.

Kedua-dua remaja itu bersama-sama rakan mereka seramai 20 orang memukul berulang kali mangsa dengan batu.

Ravinder maut di tempat kejadian ekoran kehilangan banyak darah.

Polis merekodkan kes sebagai kes bunuh dan mencari suspek, lapor India Today.

Sumber: Sinar



Sumber Pemandu beca dipukul sampai mati kerana tegur 2 remaja kencing di tempat awam

0 Response to "Pemandu beca dipukul sampai mati kerana tegur 2 remaja kencing di tempat awam"

Post a Comment