Nora Danish bengang dituduh Fasha Sandha

“KALAU saya nak halau dia dari majlis, kenapa sekarang? Kenapa tidak lapan tahun lalu?”

Demikian jawapan pelakon, Nora Danish ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Fasha Sandha menerusi Instagram semalam, yang mendakwa seorang artis dipercayai Nora akan menarik diri dari majlis pertunjukan fesyen itu sekiranya Fasha turut hadir.

Nora ketika dihubungi berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Nora juga meluahkan rasa terkilannya dengan sikap netizen yang disifatkannya berat sebelah.

“Sesetengah orang menyalahgunakan kuasa media sosial untuk perkara yang negatif. Saya kesal dengan tindakan segelintir netizen yang cepat menghukum dan hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak.

“Buli di alam siber juga harus dihentikan. Tindakan seorang blogger yang melaporkan perkara itu secara berat sebelah juga mengecewakan saya. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya.

Fasha menerusi Instagramnya semalam memuat naik status yang mendakwa ada artis yang jenamanya turut terbabit dalam pertunjukan fesyen itu akan menarik diri sekiranya Fasha hadir.

“Pada mulanya pihak pengurusan jenama artis itu tidak mahu saya hadir ke majlis itu, tetapi mereka kemudian menukar fikiran dan membenarkan saya hadir.

“Saya benar-benar keliru dan kusut dengan situasi terbabit,” tulisnya di Instagram.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Nora Danish bengang dituduh Fasha Sandha

Related Posts :

0 Response to "Nora Danish bengang dituduh Fasha Sandha"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect