MP DAP cadang warga asing dibenar naik Bas Muafakat Johor

Baru-baru ini ketika persidangan Kali Ke-5 Dewan Undangan Negeri Johor penggal Ke-13, seorang wakil rakyat telah membuat cadangan yang boleh mencetuskan provokasi dan mencari publisiti terdesak bagi meraih populariti murahan.

Chew Peck Choo, wakil rakyat Yong Peng daripada DAP telah mendesak kerajaan negeri Johor untuk membenarkan warga asing menggunakan Bas Muafakat Johor (BMJ) secara percuma!

Tindakan tidak berakal dan tiada sensitiviti oleh beliau ini secara tidak langsung sebenarnya mempertikaikan hak dan keistimewaan rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor.

Sedar atau tidak, BMJ ialah satu inisiatif oleh kerajaan negeri Johor bukan sahaja untuk rakyat Johor, sebaliknya juga untuk warganegara Malaysia.

BMJ ini juga secara tidak langsung membantu mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.

Selain itu juga, kemudahan ini bukan sahaja percuma sebaliknya juga dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI) khusus untuk rakyat Malaysia.

Persoalanya, adakah disebalik kesemua keistimewaan dan kemudahan ini bakal lenyap dek cadangan YB Yong Peng untuk memberikan BMJ ini secara percuma kepada warga asing? Adakah YB Yong Peng cuba membawa konsep hak sama rata di negeri Johor?

BMJ bukan bas Selangorku

YB Yong Peng ini cuba menjadikan Bas Selangorku sebagai contoh untuk dibandingkan dengan BMJ. Sedarkah kita, tiada apa yang istimewa menjadi rakyat Selangor. Bermula dari isu rumah mampu milik sehinggalah ke pengangkutan awam semuanya tidak mengutamakan rakyat sama sekali.

Di Selangor, Bas Selangorku yang dikatakan percuma sebenarnya juga boleh digunakan secara percuma oleh warga asing. Mahukah kita berasak, berhimpit, mewujudkan suasana yang tidak selamat jika BMJ ini dibuka kepada warga asing?

Hakikatnya kerajaan negeri Johor hanya membenarkan Bas Muafakat Johor ini digunakan dan dinikmati secara percuma oleh rakyat Malaysia sahaja.

Sebagai wakil rakyat yang mewakili rakyat di Yong Peng, beliau sepatutnya membawa usul yang memberikan kemudahan dan manfaat kepada rakyat di Yong Peng. Bukan sahaja tidak membawa isu kebajikan rakyat Yong Peng untuk perhatian sidang DUN sebaliknya, beliau konsisten dan gagah mahu warga asing menggunakan Bas Muafakat Johor.

Sumber: Malaysiakini



Sumber MP DAP cadang warga asing dibenar naik Bas Muafakat Johor

0 Response to "MP DAP cadang warga asing dibenar naik Bas Muafakat Johor"

Post a Comment