JPJ jangan pilih kasih, mufti berserban tak salah, tapi orang biasa berserban dipenjara 2 hari!

Sekitar tahun 2009 seorang pelajar pondok dihukum penjara 2 hari atas kesalahan menunggang motosikal dengan berserban. Ini artikelnya:

Image result for Pakai serban: Pelajar enggan bayar saman

Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pelajar pondok dipenjarakan dua hari setelah enggan membayar saman atas kesalahan menunggang motosikal dengan berserban.

Ahmad Nasir Darus, 27, dikenakan hukuman itu setelah memilih tidak membayar saman RM90 yang diputuskan oleh Majistret Tengku Amalin Ai’shah Putri Sultan Ismail Petra.

Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman kerana menunggang motosikal pada kira-kira pukul 6.30 petang, 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar.

Peguam bela, Ahmad Rizal Effande Zainal ketika ditemui di luar mahkamah berkata: “Kita akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh tujuh hari dari sekarang.

“Sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah ia akan menjadi bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah ‘lebai’ dalam peruntukan undang-undang,” katanya. – Utusan

Tetapi lain pula yang terjadi pada hari ini. Bila terjadi pada orang yang menjawat jawatan penting, kesalahan memakai serban dibolehkan pula. Mohon JPJ jangan ‘double standard’ dalam hal ini.

Baca artikel sebelum: Mufti minta maaf kerana tak pakai helmet, KP JPJ kata tak salah pun

 



Sumber JPJ jangan pilih kasih, mufti berserban tak salah, tapi orang biasa berserban dipenjara 2 hari!

0 Response to "JPJ jangan pilih kasih, mufti berserban tak salah, tapi orang biasa berserban dipenjara 2 hari!"

Post a Comment