“Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta” – Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam

Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam. Kejadian sekitar 1.00 pagi.

"Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta" - Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam

“Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta” – Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam

Semalam suami saya parking kereta di petronas taman pauh Jaya (depan Politeknik. Sedang menunggu rakan beliau sampai. Dalam keadaan hujan sedikit renyai, dia asyik memerhati skrin telefon.

Tiba-tiba ada seseorang menyuluh lampu ke arah beliau dari luar tingkap kereta. beliau pandang ke arah suluhan tersebut dan ternampak seorang lelaki sekitar umur 20an dan memakai helmet. Suami saya juga melihat melalui side mirror seorang lagi kawan lelaki tersebut sedang menunggu di atas motosikal di belakang kereta.

Suami saya hairan. Kenapa nak suluh ke dalam kereta orang? Beliau hanya memerhati. Tidak cuba untuk menurunkan tingkap kereta.

Dan lelaki itu pun pergi kemudian dalam 5 minit dia datang semula sambil mula mengelap tingkap dan mengetuk tingkap berkali-kali.

Suami saya rasa tidak sedap hati kerana teringat malam sebelumnya seorang rakan beliau telah dirompak di tepi jalan yang juga sedang memberhentikan kereta di sekitar sini juga.

Lalu dengan serta merta beliau menolak gear ke gear reverse, mengundurkan kereta untuk pergi. Nyaris melanggar kawan lelaki tersebut yang sedang menunggu di atas motosikal di belakang kereta.

Nampak seolah mereka terkejut. Lelaki di tepi tingkap terus berlari ke arah kawannya dan melompat menaiki motosikal. Mereka terus memecut laju ke jalan raya sambil melawan arus jalanraya.

Wah..kita tidak mahu bersangka buruk cuma ingin berhati- hati dan memberikan peringatan. Kalau hendak minta tolong, kenapa perlu larikan diri?

Alhamdulillah tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun kita berharap supaya masyarakat di sekitar sini berhati-hati dengan mereka ini.

Perkongsian ini untuk pencegahan. Berharap supaya kalau mereka benar-benar ingin melakukan jenayah, maka masyarakat semua akan bekerjasama untuk menghalangnya.

Sumber: Penang Kini



Sumber “Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta” – Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam

0 Response to "“Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta” – Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam"

Post a Comment