SEBANYAK 22 jalan dan dua lebuh raya di Kuala Lumpur akan ditutup seawal 2 pagi Ahad ini sempena Kuala Lumpur Standard Chartered International Marathon 2017.
Jalan TAR, Jalan Bukit Bintang, Jalan Duta ditutup: Senarai penuh 22 jalan ditutup Ahad ini sempena marathon
Jalan terbabit ialah Jalan Raja, Jalan TAR, Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Langgak Tunku, Jalan Bukit Tunku, Jalan Tunku, Jalan Tun Ismail, Jalan Datuk Onn, Jalan Sultan Sallehudin, Jalan Parlimen, Jalan Damansara, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Hishamudin dan Jalan Parlimen.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nazri Hussin berkata, lebuh raya yang ditutup adalah Lebuh Raya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
“Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan jalan berkenaan.
“Aplikasi Waze boleh digunakan untuk mereka yang mahu ke pusat bandar,” katanya.
Sumber: Metro
Sumber Jalan TAR, Jalan Bukit Bintang, Jalan Duta ditutup: Senarai penuh 22 jalan ditutup Ahad ini sempena marathon
0 Response to "Jalan TAR, Jalan Bukit Bintang, Jalan Duta ditutup: Senarai penuh 22 jalan ditutup Ahad ini sempena marathon"
Post a Comment