Datuk Seri Azmin Ali mendakwa PAS bersikap tidak adil apabila menyalahkannya berhubung penganjuran konsert Selena Gomez.
Menteri besar Selangor berkata penyanyi Good For You tidak dikenali maka tidak adil ia dijadikan punca keretakan di antara PAS dan PKR.
“Kerajaan (Selangor) tidak ada apa-apa kaitan dengan konsert itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya tidak tahu siapa Selena Gomez sehingga saya membuat carian di Internet,” katanya seperti dilaporkan portal mStar.
Timbalan presiden PKR mengulas perwakilan Pemuda PAS Shah Alam yang menyokong usul memutuskan hubungan dengan parti itu kerana konsert Selena.
“Macam mana mereka ghairah (dengan) konsert Selena Gomez?
“Tidak ambil peduli suara yang dikemukaan kita daripada PAS, umat Islam dan NGO-NGO Islam.” kata Aubidullah Fahim Ibrahim mendakwa pakaian Selena terlalu seksi.
Sumber: Projek MMO
Sumber “Jakim yang luluskan konsert Selena Gomez, Kerajaan Selangor tiada kaitan” – Azmin Ali
0 Response to "“Jakim yang luluskan konsert Selena Gomez, Kerajaan Selangor tiada kaitan” – Azmin Ali"
Post a Comment