Disahkan beracun, Dato Vida tarik balik Qu Gebu!

Vida Beauty Sdn Bhd sudah menarik balik dua produk selepas menerima notis daripada Kementerian Kesihatan.

Vida Beauty menarik balik produk Qu Gebu AP Krim dua bulan lalu. — Foto Bernama

Pemiliknya, Datuk Seri Hasmiza Othman berkata Qu Gebu AP Krim ditarik semula dua bulan lalu, lapor Kosmo!

“Saya akan semak kes ini dan saya berharap pelangguna tidak cepat melatah dan membeli produk saya dengan ejen bertauliah,” katanya, nama glamor Dr Vida.

Ini bukan pertama kali produk syarikat itu ditarik balik.

Pada 22 Januari 2016, krim Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block ditarik balik kerana mengandungi merkuri.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyenarai tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Produk itu ialah Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Qu Gebu AP Krim, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream.

Sumber: Projek MMO



Sumber Disahkan beracun, Dato Vida tarik balik Qu Gebu!

0 Response to "Disahkan beracun, Dato Vida tarik balik Qu Gebu!"

Post a Comment