Bagai dirasuk, selepas kelar leher isteri, suami minum racun pula

LELAKI warga emas, 65, maut, awal pagi ini, ketika dirawat di Hospital Melaka akibat meminum cecair dipercayai racun selepas kelar leher isterinya di Taman Kejora, Tebong, Alor Gajah, lewat petang semalam.

A Savariappan, 65, disahkan maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, kira-kira 6 pagi.

Isterinya, A Sinnamah, 65, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sejak semalam.

Sumber-sumber berkata, Sinnamah sempat menelefon adik iparnya memberitahu suaminya bertindak agresif seperti dirasuk, pada 6.55 petang.

“Sebaik tiba di rumah itu, adik iparnya melihat abang dan kakak iparnya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Melaka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz, berkata siasatan awal mendapati suspek meminum sejenis cecair kimia selepas kelar isterinya menggunakan pisau tumpul.

“Keadaan Sinnamah dilaporkan stabil manakala punca kejadian dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 324/309 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro



Sumber Bagai dirasuk, selepas kelar leher isteri, suami minum racun pula

0 Response to "Bagai dirasuk, selepas kelar leher isteri, suami minum racun pula"

Post a Comment