Annuar Musa tak puas hati Kelantan dipotong mata, luah kecewa di fb

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa beranggapan tindakan memotong mata pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran untuk menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim ini sebagai tidak adil.

Beliau berkata, ia bukan sahaja melemahkan semangat pemain, malah memberi kesan kepada pasukan yang tidak berbelanja besar musim ini.

Baca artikel sebelum: Tak bayar gaji pemain, 4 pasukan termasuk Kelantan dan T-team dipotong 6 mata

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) sudah mula menjadi organisasi untuk orang (pasukan) kaya.

“Negeri dan pasukan miskin boleh bersiap untuk tutup kedai dan keluar daripada Liga M. Malah, mereka yang hanya bising tanpa memberikan apa-apa bantuan boleh turut bergembira,” katanya menerusi entri terbaru di Facebooknya, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Annuar berkata FAM yang bertindak sebagai badan bertanggungjawab menaik taraf sukan bola sepak negara perlu lebih prihatin dan tidak menghukum secara agresif.

“Sewaktu saya mengambil alih KAFA 10 tahun dulu, KAFA menanggung hutang berjuta-juta ringgit dan kes mahkamah berpunca tuntutan hutang sejak tahun 80an.

“FAM zaman itu memberi peluang kepada pasukan mengurus hutang mengikut keupayaan masing-masing.

“Justeru, kita bangunkan bola sepak Kelantan dan banyak hutang lapuk dapat diselesaikan sementara pasukan terus maju sehingga menjadi gergasi bola sepak di Malaysia,” katanya.

Hari ini, BH Online melaporkan dua pasukan Liga Super, Kelantan dan T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta kerana tidak melunaskan tunggakan gaji pemain sehingga gagal melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan pada tarikh akhir Disember 2016 lalu.

Turut dikenakan tindakan sama ialah pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila gagal menyelesaikan masalah itu dalam tempoh ditetapkan.

 

Sumber: BH Online



Sumber Annuar Musa tak puas hati Kelantan dipotong mata, luah kecewa di fb

Related Posts :

0 Response to "Annuar Musa tak puas hati Kelantan dipotong mata, luah kecewa di fb"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect