“Andai kata ini kali terakhir gua” – Seperti tahu ajalnya akan sampai, tweet terakhir lelaki ini pasti buat air mata anda bergenang

Dua perkara yang sudah tertulis tentang diri kita. Namun, kita takkan tahu bila akan terjadi iaitu jodoh dan ajal. Kematian adalah suatu perkara yang pasti berlaku kepada setiap anak Adam. Samada kita bersedia mahupun tidak.

 

"Andai kata ini kali terakhir gua" - Seperti tahu ajalnya akan sampai, tweet terakhir lelaki ini pasti buat air mata anda bergenang

“Andai kata ini kali terakhir gua” – Seperti tahu ajalnya akan sampai, tweet terakhir lelaki ini pasti buat air mata anda bergenang

 

Lelaki ini melahirkan rasa sedih dan hiba sekiranya dia tak sempat merasai Ramadan tahun ini. Dan memberikan kata-kata nasihat buat followernya di Twitter. Siapa sangka, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam.

“Andai kata ini kali terakhir..”

Menurut salah seorang kenalan, arwah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Arwah berusia 21 tahun dan amat disenangi dalam kalangan kawan-kawan.

Telah dijemput Ilahi.

Netizen mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Dan rata-rata mendoakan supaya arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

“Tak sempat nak jadi tetamu Ramadan”

Semoga arwah berada bersama golongan yang Soleh. Dan moga perkongsian ini menjadi titik permulaan untuk kita menjadi orang yang lebih baik kerana ajal tak mengenal usia.

Kredit : @Hye_Hidayat 

 

 

Sumber: Oh Bulan



Sumber “Andai kata ini kali terakhir gua” – Seperti tahu ajalnya akan sampai, tweet terakhir lelaki ini pasti buat air mata anda bergenang

0 Response to "“Andai kata ini kali terakhir gua” – Seperti tahu ajalnya akan sampai, tweet terakhir lelaki ini pasti buat air mata anda bergenang"

Post a Comment