“2017 tahun terakhir DAP tadbir P Pinang” – BN

Barisan Nasional (BN) yakin 2017 merupakan tahun terakhir bagi DAP memerintah Pulau Pinang ekoran kegagalan mereka menunaikan janji-janji mereka sejak mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

SDAP banyak melakukan pembohongan kepada rakyat, kata Pengarah Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. — Foto oleh Saw Siow Fung

Pengarah Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata mereka bukan sahaja gagal menunaikan manifesto, malah banyak melakukan pembohongan kepada rakyat.

“Saya percaya 2017 adalah tahun yang akan menenggelamkan DAP Pulau Pinang.

“Dari segi dalaman, mereka berkecamuk…saya rasa ramuan kita cukup baik untuk kita tawan Pulau Pinang dan kalau rakyat tahu, ia bukan soal politik, ia adalah mengenai apa yang telah dijanjikan,” katanya selepas ceramah rakyat Negaraku Generasiku di Seberang Jaya di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S.K. Devamany dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Hadir sama, Setiausaha Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Tan Teik Cheng dan Ketua Wanita MyPPP, Helen Mening. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber “2017 tahun terakhir DAP tadbir P Pinang” – BN

Related Posts :

0 Response to "“2017 tahun terakhir DAP tadbir P Pinang” – BN"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect