Riezman Khuzaimi masuk Hospital, terkena jangkitan paru-paru

Pelakon Riezman Khuzaimi dimasukkan ke Hospital Shah Alam dekat sini pada Khamis selepas disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Riezman Khuzaimi masuk Hospital

Riezman Khuzaimi masuk Hospital

Isterinya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad memberitahu Riezman dikejarkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

“Doktor memberitahu paru-parunya dijangkiti kuman namun keadaannya sekarang stabil cuma tekanan darahnya rendah.

“Sekarang dia masih ditahan di wad kecemasan sementara menanti keputusan ujian yang dilakukan doktor.

“Saya bawa dia ke hospital tengah hari tadi selepas mengadu tidak sihat,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Normaziah berkata, Riezman mula tidak sihat dan mengalami demam berterusan sejak seminggu lalu.

Katanya, dia diserang penyakit itu mungkin disebabkan jadual dan bebanan kerja yang padat sehingga menyebabkan suaminya itu jatuh sakit.

“Sudah seminggu dia mengalami demam, tetapi sekejap baik dan kembali tidak sihat sehinggalah pagi ini.

“Bebanan kerjanya yang sangat padat berkemungkinan menyebabkan dia jatuh sakit,” ujarnya.
Sumber: MStar



Sumber Riezman Khuzaimi masuk Hospital, terkena jangkitan paru-paru

Related Posts :

0 Response to "Riezman Khuzaimi masuk Hospital, terkena jangkitan paru-paru"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect