Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 61 penumpang dan enam orang anak kapal tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu dalam hujan lebat malam Sabtu.
Pesawat MAS tergelincir ketika mendarat
Tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian 10.17 malam itu yang melibatkan Penerbangan MH2718 daripada Kuala Lumpur.
“Semua di atas pesawat selamat dibawa turun menerusi dua rakit gelongsor,” kata syarikat itu menerusi Facebook.
Ia berkata, siasatan segera telah diadakan bagi menentukan punca kejadian itu yang melibatkan pesawat Boeing 737-800.
“Keselamatan semua penumpang menjadi keutamaan Malaysia Airlines,” tambahnya. – Bernama
Sumber: MStar
Sumber Pesawat MAS tergelincir ketika mendarat di Sibu
0 Response to "Pesawat MAS tergelincir ketika mendarat di Sibu"
Post a Comment