Perogol boleh kahwini mangsa rogol: Video MP BN disoal wartawan “Datuk you ada anak perempuan tak?”

Susulan Ahli Parlimen BN-Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya yang mencetuskan kontroversi setelah berucap pada persidangan Dewan Rakyat semalam mengenai perkahwinan antara mangsa rogol dan perogol berkemungkinan sebagai ubat masalah sosial, hari ini beliau dikerumuni para pengamal media bagi mendapatkan reaksinya.

Perogol boleh kahwini mangsa rogol: Video MP BN disoal wartawan "Datuk you ada anak perempuan tak?"

Perogol boleh kahwini mangsa rogol: Video MP BN disoal wartawan “Datuk you ada anak perempuan tak?”

Namun, sebaik keluar daripada bilik media RTM, Shabudin enggan menjawab pertanyaan media.

Antara soalan yang ditanya adalah seperti “Datuk, you ada anak perempuan tak?”, “Datuk, adakah mahu membuat permohonan maaf?” dan komen mengenai desakan pelbagai pihak yang memintanya meletakkan jawatan.

Semalam, dalam ucapannya, beliau berkata, pernikahan tersebut mungkin menjadikan perogol itu bertaubat dan mangsa mempunyai suami.

Lebih mengejutkan, Shabudin berkata bahawa kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tidak terlalu muda untuk berkahwin.

Jelas beliau lagi, kanak-kanak perempuan yang baligh seawal usia sembilan tahun secara fizikal dan rohani telah bersedia untuk perkahwinan.

Bukan sahaja pembangkang, malah rakan dalam BN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan juga terkejut dengan kenyataan Shabudin itu.

Berikut adalah pautan ucapan penuh Shabudin berhubung isu ‘kahwin lepas rogol’

Sumber: Malaysian Review



Sumber Perogol boleh kahwini mangsa rogol: Video MP BN disoal wartawan “Datuk you ada anak perempuan tak?”

Related Posts :

0 Response to "Perogol boleh kahwini mangsa rogol: Video MP BN disoal wartawan “Datuk you ada anak perempuan tak?”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect