Niat nak tolong bertukar malang, pemandu treler tak sengaja rempuh treler rakannya yang rosak

Niat seorang pemandu treler ingin membantu rakannya yang mengalami kerosakan kenderaan bertukar malang apabila dia merempuh treler rakannya itu.

Niat nak tolong bertukar malang, pemandu treler tak sengaja rempuh treler rakannya yang rosak

Niat nak tolong bertukar malang, pemandu treler tak sengaja rempuh treler rakannya yang rosak

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam tadi di Kilometer 49 Jalan Teluk Intan – Klang berdekatan persimpangan Jalan LPN, Sungai Besar itu, mangsa gagal mengawal treler dipandunya lalu merempuh belakang treler rakannya yang terkandas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Al Hafiz Asmuni berkata, mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya berikutan permukaan jalan licin akibat tumpahan minyak  treler rakannya itu.

“Akibat rempuhan itu, mangsa berusia 24 tahun itu terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit  setelah tersepit di bahagian pemandu.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menggunakan peralatan hidrolik khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya kepada Sinar Harian.

Al Hafiz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.57 malam.

“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota dengan sebuah jentera FRT diketuai pegawai operasi Kamisan Marimin dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Mangsa yang cedera di kaki kanan itu kemudian dibawa ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Al Hafiz, pihaknya turut melakukan kerja-kerja perbersihan tumpahan minyak berikutan pelanggaran tersebut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.43 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua lori treler jenis Scania dengan muatan jagung pukal itu datang dari arah sama iaitu dalam perjalanan dari arah Klang menuju ke Lumut.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba lori treler pertama mengalami kerosakan pada kotak gear telah pecah menyebabkan kebocoran minyak selain kenderaan tidak boleh bergerak.

“Pemandu lori treler berkenaan telah meletakkan segi tiga keselamatan di bahagian belakangnya.

” Tidak lama kemudian, pemandu lori treler kedua yang juga rakan sekerja pemandu lori treler pertama datang arah yang sama untuk memberikan bantuan.

“Semasa menghampiri tempat kejadian, mangsa menekan brek untuk memberhentikan kenderaannya.

Bagaimanapun, katanya, akibat  kebocoran minyak kotak gear lori treler pertama yang tumpah di atas jalan raya sebelum itu menyebabkan kenderaan dipandu mangsa gagal berhenti dan terus meluncur ke hadapan lalu melanggar bahagian belakang lori treler yang rosak itu.

Katanya, kes kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar



Sumber Niat nak tolong bertukar malang, pemandu treler tak sengaja rempuh treler rakannya yang rosak

0 Response to "Niat nak tolong bertukar malang, pemandu treler tak sengaja rempuh treler rakannya yang rosak"

Post a Comment