Mamat ni Perlukan 100,000 Retweet Untuk Keluar Makan Malam Dengan Elfira Loy

Pernah dengar tentang seorang lelaki yang memerlukan 18 juta retweet untuk mendapatkan bekalan nugget percuma dari Wendy selama setahun? Setakat ini beliau sudah mengumpul lebih dari 3 juta retweet dan masih jauh dari target yang perlu dicapainya.

Di Malaysia pula, seorang pengguna Twitter, Hafizuddin Haziem, memerlukan 100,000 retweet untuk makan malam bersama selebiriti tempatan Elfira Loy.

Semuanya bermula apabila Hafizuddin bertanya kepada Elfira: “Berapa retweet untuk malam malam bersama awak @elfira_loy?.”

Tanpa disangka, Elfira membalas dengan selamba: “100K, deal”.

Mungkin 100k retweet adalah jumlah yang banyak, tetapi Hafizuddin telah berjaya mengumpul 26,000 retweet dalam masa 10 jam sahaja. Sudah lebih suku dari jumlah yang diperlukan.

Nak tengok makan malam ni jadi kenyataan? Sesiapa yang ada Twitter tu boleh lah retweet tweet dibawah ni:

 


Sumber: Siakapkeli



Sumber Mamat ni Perlukan 100,000 Retweet Untuk Keluar Makan Malam Dengan Elfira Loy

Related Posts :

0 Response to "Mamat ni Perlukan 100,000 Retweet Untuk Keluar Makan Malam Dengan Elfira Loy"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect