Majika gaduh dengan bekas suami, pekerja pula yang kena tikam di mata kerana cuba leraikan

Pekerja kedai parah di mata kiri akibat ditikam dengan gunting ketika cuba meleraikan pergaduhan majikannya dengan bekas suami di kedai langsir, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 39 tahun dikhuatiri buta akibat kecederaan yang dialami selain turut cedera di leher.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku di kedai langsir di Persiaran SIBC 6, di sini, dan ketika kejadian terdapat dua pekerja dan pemilik premis di lokasi kejadian.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika bekas suami pemilik kedai itu datang dipercayai untuk merujuk semula.

“Perbualan menjadi panas antara suspek warga Singapura yang berusia 52 tahun dan bekas isterinya. Suspek mencapai sebilah gunting kain di meja kaunter lalu cuba menyerang bekas isterinya.

“Pada masa sama, dua pekerja lelaki di kedai itu cuba meleraikan pergaduhan dengan memeluk suspek hingga berlaku pergelutan dan jatuh ke lantai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ketika pergelutan itu, suspek menikam seorang daripada pekerja itu menggunakan gunting dan terkena pada mata kiri serta leher kanan.

“Kedua-dua pekerja bertindak memukul tangan kanan suspek untuk menjatuhkan gunting dan orang ramai yang menyedari kejadian bertindak membantu menahan suspek.

“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Batu Gajah, dekat sini, untuk rawatan dan mengikut penilaian awal pakar perubatan, mangsa mungkin buta kerana bola mata pecah dan tisu terkeluar,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Majika gaduh dengan bekas suami, pekerja pula yang kena tikam di mata kerana cuba leraikan

Related Posts :

0 Response to "Majika gaduh dengan bekas suami, pekerja pula yang kena tikam di mata kerana cuba leraikan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect