KKM sahkan bahagian barang runcit Aeon One Utama ditutup kerana tikus

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahagian barang runcit Pasar Raya Aeon, One Utama, Petaling Jaya ditutup kerana kehadiran tikus.

KKM sahkan bahagian barang runcit Aeon One Utama ditutup kerana tikus

KKM sahkan bahagian barang runcit Aeon One Utama ditutup kerana tikus

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bahagian barang runcit pasar raya itu ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 31 Mac lepas untuk tempoh 14 hari.

“Premis tersebut boleh beroperasi semula lebih awal sekiranya pemeriksaan semula kebersihan premis oleh KKM mencapai tahap memuaskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita mengenai penutupan bahagian barang runcit pasar raya terbabit menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu dengan satu rakaman video menunjukkan seekor tikus berada di atas rak yang menempatkan minuman.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan secara rutin.

Beliau berkata dari tahun 2012 hingga 2016, KKM telah menjalankan 635,439 pemeriksaan premis makanan di seluruh negara.

“Hasil pemeriksaan sebanyak 15,731 premis makanan tidak bersih telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 termasuk kerana kehadiran tikus,” katanya.

Katanya, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://ift.tt/1vVF64U, jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. – Bernama

Sumber: Sinar



Sumber KKM sahkan bahagian barang runcit Aeon One Utama ditutup kerana tikus

0 Response to "KKM sahkan bahagian barang runcit Aeon One Utama ditutup kerana tikus"

Post a Comment